3. PERSOALAN
Soalnya berapa ramaikah orang yang faham tentang kejadian manusia, kenapa dan mengapa kita dijadikan.Tahukah kita agaknya tentang sejarah dan peradaban Negara dan Bangsa kita? Walaupun telah menjadi nostalgia tetapi kita perlu mengetahui nya, sekurang-kurangnya untuk mengetahui bahawa pada satu ketika dahulu Negara kita dan peradabannya pernah dikuasai Islam yang menjadi kebanggan ummah. Apakah tanggapan orang kita kini, terutama yang telah diorientasi fikrah mereka oleh penjajah dan anak didik penjajah, apabila kita membuat kenyataan begini ? Sebelum golongan kuffar laknatullah datang menjajah seluruh Tanah Melayu, semua penduduk ketika itu telah menerima dan menganut Islam yang syumul apabila Islam sampai ke Nusantara dalam kurun ke empat belas. Dinukilkan dalam sejarah yang dicatat orientalis bahawa tujuan Penjajah-penjajah barat seperti Portugis, Belanda, Sepanyol dan Inggeris datang ke ceruk rantau terutama Benua Asia ialah untuk membeli dan berniaga rempah ratus. Tetapi itu hanya satu penipuan dan pembohongan untuk mengaburi mata dunia dan sejarah, tujuan sebenarnya ialah untuk meluaskan empayar mereka dan mengembangkan Agama Kristian keseluruh dunia, terutama Negara Islam atau Negara yang didiami ramai Umat Islam. Hasilnya banyak Negara-negara di Asia terutama Tanah Melayu dijajah satu persatu bermula dengan Melaka yang jatuh ketangan Portugis pada tahun 1511 Masehi. Setelah dijajah kesemua Negara kecuali Siam, Negara-Negara ini difaraidkan dikalangan mereka. Lantaran penjajahan inilah semua sistem pemerintahan, masyarakat, sosiobudaya, pendidikan dan undang-undang Islam telah dicerai-beraikan. Proses kristianisasi, sekularisma, liberalisma berlaku secara mendadak dan sistematik sekali. Undang-undang Negara yang berasaskan Islam telah digantikan dengan ‘comman law’ kecuali undang-undang berkaitan keluarga dan umat Islam secara khusus. Agama Kristian telah dikembangkan begitu pesat dengan dokongan dan pembiayaan mereka, gereja-gereja dibangunkan, sekolah-sekolah sekular dan Kristian tumbuh seperti cendawan selepas hujan diseluruh Negara. Kini Negara kita telah merdeka sejak 31 Ogos 1957, Jubli Emasnya telah disambut secara besar-besaran tahun ini (2007), betapa meriah dan gahnya perayaan itu memang dipuji oleh masyarakat seantero dunia. Negara Malaysia sudah berjaya membangun menuju Wawasan 2020nya hasil cetusan pemikiran Adi Jagat. Sebagai warga yang cintakan tanah air, kita pun turut berbangga.
Persoalannya apakah hakikat pembangunan yang wujud sekarang ? Negara kita memang dalam proses pembangunan fizikal dan infranstruktur yang pesat ! Tapi pernahkah kita mengkaji implikasi hasil pembangunan yang tidak seimbang jasmani dan rohani ini ? Ini bukan ‘negative minded’ tapi satu penilaian yang telus dan objektif. Semua orang yang sedar dan siuman boleh menilai danmemikirkannya secara logik dan ‘rational’ !
4. PAKAH KEMAJUAN KITA
Mengikut Tokoh Besar kita, Malaysia sedang maju dengan pesat dan drastiknya mengikut acuan sendiri sekarang, tahun 2020 nanti Negara kita akan menjadi Negara maju sepenuhnya setanding dengan Negara-negara maju dunia . Tercapai atau tidak masih jauh masanya untuk dinilai dan diperkatakan. Tetapi kalau dipandang secara kasar hasrat itu harus digapai. Harus diingat bahawa kemajuan itu adalah subjektif, ianya mengikut tempat dan keadaan. Bila disebut maju sepenuhnya, bolehkah kita membuat perbandingan misalnya antara Ulu Tembeling dengan Kuantan, Kuala Pilah dengan Johor Bharu, Gemencheh dengan Georgetown, Pasir Mas dengan Seremban atau Raub dengan Kuala Lumpur ? Perbandingan dari segi Negara pula, jika diambil kira ; kita lebih baik dari Bangladesh tetapi dengan Singapura pula kita lebih jauh ketinggalan, apatah lagi kalau dibandingkan dengan Amerika Syarikat, tentulah ibarat bumi dengan langit ! Oleh kerana pembangunan dan kemajuan itu subjektif sifatnya, adalah tidak releven untuk dibuat perbandingan walaupun betul. Walaubagaimanapun dari segi lahiriahnya kita setuju dengan status Negara kita dan perbandingan tersebut . Tapi harus diingat bahawa kemajuan itu tidak sepatutnya hanya diukur dari keadaan dan kemudahan infranstruktur sahaja, indikator lain juga perlu diambil kira seperti pendapatan per kapita, jurang pendapatan antara kaum, paras kemiskinan, taraf pendidikan, indeks rasuah, jumlah hutang Negara dan lain-lain yang berkaitan. Selalunya apa yang diambil kira hanya kemajuan lahiriah dan kebendaan sahaja. Bagaimana pula dengan masalah sosial, akhlak dan kerohanian rakyat terutama golongan remaja? Bagaimana dengan isu-isu yang melanda Negara seperti pembunuhan, penculikan, penyelewengan dan lain-lain yang terlalu banyak untuk dinukilkan satu persatu. Masalah masyarakat yang bobrok kurang diperbincangkan dan usaha memperbaikinya tidak dijalankan secara serius. Inilah persoalannya dulu, kini dan selama-lamanya yang juga perlu ditangani walaupun jika kemajuan dicapai sepenuhnya mengikut jangkaan dan kerangka Wawasan 2020 itu.
....bersambung di cetusan akan datang....